Lempeng Kelapa



2 cawan kelapa parut (putih sahaja)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cubit garam
1 sudu kecil baking powder
Sedikit air 

Campur semua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit2 agak2 ye jangan cair sangat dan pekat sangat sebab kalau pekat sangat susah nak melempeng dalam kuali.
Oles minyak (saya tak guna minyak sebab guna kuali tak melekat)
Ambil sesenduk adunan dan letak dalam kuali yg dah dioles dengan minyak. Pastikan kuali panas ye. Terbalikkan dalam seminit bila dah masak boleh angkat dan ulang sampai adunan habis. 
Boleh makan dengan sambal atau kari atau gula ikut tekak masing2 ye.

 

Comments