Panang Kari Thai (Phanaeng) Daging

 


Panang Kari Thai

800 gm daging batang pinang di potong tak tebal dan tak nipis kalau nipis sangat nanti hancur ye. Saiz macam buat rendang.
4 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
3 batang serai
1 cm lengkuas (kalau paste 1 sudu besar)
2-3 pokok akar ketumbar (dalam 1 sudu besar kalau di jd paste)
1 biji kulit limau purut di sagat hati2 sagat yg hijau sahaja kalau terlebih sagat nanti pahit
Segengam  dua cili kering di rebus dan di toskan
3/4 sudu besar belacan di bakar
1 biji tomato (ni saya saja tambah sebab saya suka masak letak tomato. Ampun rakyat Thai sebab ubah resipi 😅

Di sangai sekejap (goreng tanpa minyak)
* 1/4 sudu teh lada putih
* 3/4 sudu teh jintan putih
* 1 1/2 sudu teh ketumbar

8-10 biji kacang tanah yang dah panggang (saya guna kacang shandong tong garden yg siap di makan)

3 helai daun limau purut di hiris halus dan di buang batang tengah daun.
1 1/2 cawan santan asli bukan kotak dan segera
1/2 cawan santan asli bukan kotak dan segera (dimasukkan akhir sekali)
Garam secukup rasa
1 sudu besar sos ikan (sy tak guna)
1 sudu besar Gula nisan 
Daun ketunbar hiris untuk masukkan akhir

Paste Panang
Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, akar ketumbar, kulit limau, cili kering, belacan, lada putih, jintan, ketumbar, kacang dan tomato di mesin. Tambah air sedikit untuk senang kisar jgn banyak ye.

Masukkan 1 1/2 cawan santan dalam kuali. Lepastu masukkan paste Panang. Bila menidih masukkan daging gaul rata. Bila daging dah empuk (daging btg pinang tak perlu lama untuk empuk) masukkan gula nisan, daun limau purut dan sos ikan (saya tak guna).

Masukkan 1/2 cawan santan dan garam (kalau dah letak sos ikan rasa dulu baru bubuh garam ye takut termasin). Gaul sekejap akhir masukkan daun ketumbar gaul dan tutup api. Siap.


Comments